Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Ada kemungkinan lebih ramai Ahli Parlimen PKR akan mengikuti jejak Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad untuk keluar parti susulan krisis dalaman PKR. Penganalisis politik, Profesor Wong Chin Huat berpandangan, perkara kini terarah sama ada rakan-rakan Rafizi dan Nik Nazmi dalam PKR akan turut mengambil langkah sama susulan hilang kepercayaan terhadap parti itu.
Transcript
00:00Ada kemungkinan lebih ramai ahli Parlimen PKR akan mengikuti jatang langkah Datuk Seri Rafizi Ramdi dan Nik Nazmini Ahmad untuk
00:07keluar parti sesudahan krisis dalaman parti itu.
00:11Pak Aasis Politik Prof. Wong Chin Huat berpandangan, perhatian kini terarah sama ada rakan-rakan Rafizi dan Nik Nazmin dalam
00:18PKR akan turut mengambil langkah sama selepas hilang kepercayaan terhadap PKR.
00:25Apa yang menarik perhatian sekarang ialah sama ada rakan-rakan Rafizi dan Nik Nazmin akan juga keluar daripada parti PKR.
00:36Ini kerana kepercayaan antara ahli-ahli Parlimen ini dengan parti PKR telah pun menjenam begitu ke dalam sampai kedua-dua
00:49pihak mungkin tidak percaya.
00:51Mereka masih boleh bekerjasama untuk PRU-16.
00:55Bagaimanapun Chin Huat berkata, ahli Parlimen PKR yang menyokong platform politik baharu tidak semestinya perlu keluar parti secara rasmi.
01:04Katanya mereka masih boleh mengekalkan keahlian dan pada masa sama bergerak bersama platform lain tanpa kehilangan kerusi Parlimen di bawah
01:13perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.
01:16Mengulas kemungkinan pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi yang akan dikosongkan Rafizi dan Nik Nazmi,
01:23fellow penyelidik Ilham Center Mujibu Abdul Muiz pula berpendapat, potensi itu adalah kecil memandangkan kedudukan kerajaan hari ini masih stabil.
01:32Kerana keputusan di akhirnya nanti itu bergantung kepada speaker Dewan Rakyat,
01:38sama ada kekosongan itu diterima atau tidak dan kalau diterima apakah perlu kepada pilihan raya kecil memandangkan pilihan raya kecil
01:48itu berangkali boleh berlaku
01:49kalau ada pertimbangan bahawa kedudukan kerajaan ataupun kedudukan majoriti kerajaan dalam konteks kekosongan dua kerusi itu akan terjejas.
Comments

Recommended