00:00Seorang penjawat awam ditahan selepas didapati memiliki senjata api dan dadah dalam satu rondaan oleh anggota ibu pejabat polis daerah
00:08IPD Hulu Terengganu pada 10 Mei lalu.
00:11Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Syarudin Abdul Wahab berkata, lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 6.20 petang
00:20di tepi jalan kampung Tok Lawit, Kuala Brang.
00:25Dalam kenyataan pada Ahad, beliau berkata ketika membuat rondaan di sekitar kampung Tok Lawit, polis menahan sebuah kenderaan kerana cukai
00:32jalan dan insurans tamat tempoh.
00:34Bagaimanapun, tingkah laku suspek yang mencurigakan membawa kepada pemeriksaan lanjut hingga menemukan pistol, kerambit, gari dan plastik disyaki mengandungi dadah
00:44dalam kereta itu.
00:46Saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis metamfetamina selain memiliki rekod jenayah berkaitan kes narkotik.
00:53Siasatan awal menedahkan dia memperoleh senjata api itu daripada seorang lelaki di Jeli.
00:59Syarudin berkata polis masih menyiasat kegunaan senjata api itu dan reman suspek disambung 5 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen
01:078 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971.
01:12Siasatan turut melibatkan Seksyen 8 Akta Senjata 1960, Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958, Seksyen
01:2389 Akta Polis 1967 dan Seksyen 39 Kurungan B Akta Darah Berbahaya 1952.
01:32Terima kasih telah menonton!
Comments