Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Lawatan itu berlangsung ketika hubungan diplomatik tegang, susulan rundingan yang dimediasi Pakistan digantung selepas Iran dan Amerika Syarikat saling menolak cadangan masing-masing minggu lalu.
Transcript
00:00Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Dalam Negeri Pakistan Mohsen Nakhvi mengadakan pertemuan dengan Presiden Iran Mas'ud Pesekian pada Ahad dalam
00:07rangka lawatan dua hari yang bertujuan memajukan dialog dan memperkukuh keamanan serantau.
00:12Nakhvi turut mengadakan pertemuan berasingan dengan Speaker Parlimen Iran Mohamad Bakir Kalibaf.
00:17Lawatan itu berlangsung ketika hubungan diplomatik tegang, susulan rundingan yang dimediasi Pakistan digantung selepas Iran dan Amerika Syarikat saling menolak
00:25cadangan masing-masing minggu lalu.
00:27Dalam pada itu, Menteri Luar Iran Abbas Araqchi pada Jumaat berkata, mesej yang bercanggah telah menimbulkan keraguan Iran terhadap niat
00:34sebenar Amerika Syarikat.
00:36Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa usaha pengantaraan Pakistan tidak gagal, sebaliknya berdepan kesukaran dalam mencapai kemajuan.
00:43Pertemuan Nakhvi dengan kepimpinan tertinggi Iran dilihat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Islamabad untuk mengekalkan saluran komunikasi terbuka antara Teheran
00:52dan pihak berkepentingan lain,
00:54di samping mempromosikan kestabilan di rantau tersebut.
01:03Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended