Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Menurut kenyataan Kementerian Luar Qatar, kedua-dua pihak menyentuh mengenai hubungan dua hala serta usaha mengaktifkan semula pelan gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
Transcript
00:00Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Qatar, Syekh Mohamad bin Abdul Rahman bin Jasim Altani,
00:05mengadakan perbualan telefon dengan Menteri Luar Arab Saudi Putra Faisal bin Farhan Al Saud
00:10bagi membincangkan perkembangan keselamatan serantau.
00:14Menurut kenyataan Kementerian Luar Qatar, kedua-dua pihak menyentuh mengenai hubungan luar hala
00:19serta usaha mengaktifkan semula pelan gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan Iran.
00:26Syekh Mohamad turut menggesa semua pihak terlibat memberikan respons positif
00:30terhadap usaha pengantaraan diplomatik yang sedang dijalankan.
00:34Beliau berkata langkah itu penting untuk menangani punca krisis melalui dialog
00:38serta mencapai penyelesaian yang mampan bagi mengelakkan peningkatan ketegangan.
00:43Perkembangan itu berlaku ketika hubungan antara Washington dan Tehran dilihat semakin tegang
00:48selepas Presiden Amerika Donald Trump dilaporkan menolak cadangan balas damai dikemukakan Iran
00:54melalui perantaraan Pakistan minggu lalu.
00:57Ketegangan turut memuncak susulan kenyataan Iran mengenai sekatan terhadap pergerakan
01:01peralatan ketenteraan tertentu di Selat Hormuz.
01:05Qatar dan Arab Saudi yang merupakan sekutu utama Amerika di rantau teluk
01:09kini meningkatkan usaha diplomatik bagi mengurangkan risiko pertembungan ketenteraan
01:14yang boleh menjejaskan rantaian bekalan tenaga global.
01:17Terima kasih telah menonton!
01:17Terima kasih telah menonton!
01:17Terima kasih telah menonton!
01:18Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended