Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Congo meningkatkan usaha membendung wabak Ebola di Ituri dengan 59 pesakit sedang dirawat dan ratusan kes disyaki. WHO turut menyalurkan bantuan kecemasan bagi menyokong operasi kawalan wabak.
Transcript
00:05Republik Demokratik Kongo DRC mempergiat usaha memendung wabak Ebola di wilayah Timur Ituri.
00:11Menteri Kesihatan Negeri itu Dr. Samuel Roger Kamba berkata pihak berkuasa telah bertindak pantas selepas pengesah makmal diperoleh dengan pasukan
00:20respons dan sumber kecemasan dihantar ke lokasi terjejas.
00:26Wabak yang diisytiarkan secara rasmi pada 15 Mei itu melibatkan serin bundi bugio yang jarang berlaku dan menjadi kebimbangan kerana
00:34tiada vaksin diluluskan setakat ini.
00:36Pusat rawatan sedang disediakan di beberapa zon kesihatan utama termasuk di Bunya, Romparah dan Mongbalo.
00:43Kemudah rawatan sementara seperti kebah turut dipasang bagi meningkatkan kapasiti penjagaan pesakit di kawasan terkesan.
00:50Pihak berkuasa kesihatan kini memberi tumpuan kepada mengasingkan pesakit, mengesan kontak rapat dan menghalang penularan lanjut.
00:57Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO dan Program Makanan Dunia WFP telah menghantar sekitar 5 tan bekalan kecemasan.
01:06Ini termasuk topeng muka, sarung tangan, bahan pembas mikuman atau klorin dan peralatan pengasingan bagi melindungi petugas kesihatan dan pesakit
01:15selain menyokong operasi rawatan di lapangan.
01:17Kambar turut menggesa masyarakat agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala sambil menegaskan Ebola bukanlah suatu penyakit misteri.
01:27Menurutnya, kesedaran awam dilihat sebagai elemen penting dalam memastikan wabak dapat dikawal sebelum menjadi krisis kesihatan yang lebih besar.
Comments

Recommended