Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Berucap di Taipei, Presiden Taiwan, Lai Ching-te berkata Parti Progresif Demokratik (DPP) pimpinannya telah meluluskan satu resolusi pada 1999, yang masih menjadi dasar parti, bahawa Taiwan sudah pun sebuah negara berdaulat dan merdeka yang dikenali sebagai Republik China.
Transcript
00:01Istilah kemerdekaan Taiwan bermaksud pulau itu bukan milik atau tertakluk kepada Beijing dan hanya rakyat Taiwan yang boleh menentukan masa
00:10depan mereka.
00:11Kenyataan itu ditegaskan Presiden Lai Ching Ta pada ahad yang mengulangi pendiriannya sebelum ini.
00:19Berucap di Taipei, Ching Ta berkata Parti Progresif Demokratik DPP pimpinannya telah meluluskan satu resolusi pada 1999 yang masih menjadi
00:28dasar parti.
00:29bahawa Taiwan, sebuah negara berdaulat dan merdeka yang dikenali sebagai Republik Cina.
01:01Tegasnya lagi, kedaulatan Taiwan tidak boleh dicabur.
01:04dan masa depan mesti ditentukan oleh rakyatnya sendiri.
01:10Ching Ta juga berkata kewujudan Republik Cina adalah dengan adanya Taiwan.
01:14Kenyataan itu dibuat beberapa hari selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu Presiden Cina Xi Jinping di Beijing
01:20bagi sinang kemuncak yang mencetuskan kebimbangan di Taiwan mengenai sokongan Amerika terhadap pulau itu.
01:26Trump pada Jumaat memberi amaran kepada Taiwan agar tidak mengisytiharkan kemerdekaan secara rasmi daripada Cina beberapa jam selepas bertemusi.
01:34Dalam temubual bersama Fox News pada Jumaat, Trump menegaskan beliau tidak menyokong sebarang langkah ke arah kemerdekaan Taiwan.
01:43Jurucakap Presiden Taiwan Karen Kuo pada Sabtu kemudian memberi kenyataan balas dengan berkata
01:48adalah jelas Taiwan merupakan sebuah negara demokratik yang berdaulat dan merdeka.
01:54Ching Ta juga sebelum ini berkata, Taiwan tidak perlu mengisytiharkan kemerdekaan secara rasmi
01:59kerana ia sudah menganggap dirinya sebagai sebuah negara berdaulat.
Comments

Recommended