Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Amir Hamzah berkata pendekatan yang digunakan menerusi sistem sedia ada dilihat mencukupi, selain akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat.
Transcript
00:00Kerajaan belum membuat sebarang perbincangan berhubung cadangan pengkelasan golongan T20 dalam pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api ketika ini.
00:09Menteri Keuangan 2 Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, fokus kerajaan adalah mengenai pelaksanaan mekanisme budi diesel dan budi RON95
00:17bagi memastikan subsidi dapat disalurkan secara lebih adil dan menyeluruh.
00:24Katanya pendekatan yang digunakan menerusi sistem sedia ada dilihat mencukupi selain akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat.
00:32Seperti yang dijelaskan oleh Muhammad Fahmi, minggu lalu kabinet tak berbincang apa-apa untuk klasifikasi T.
00:47Pendekatan kita adalah untuk melihat penggunaan budi diesel untuk seluruh negara.
00:54Kita menggunakan pendekatan yang kita buat dalam budi RON95 kerana kita merasakan sistem yang digunakan itu adalah cukup lengkap dan
01:03adil untuk semua orang dan kita akan meluaskan kepada Sabah Sarawak juga.
01:07Itulah apa yang kita tengah sibuk berbincang sekarang. Yang Titi ini saya tak rasa kita berbincang lagi.
01:13Sementara itu, Amir Hamzah berkata kerajaan perlu menyeimbangkan subsidi bahan api dengan ketidaktentuan bekalan global,
01:20susulan konflik di Asia Barat walaupun ada gesaan agar kuota subsidi budi RON95 dikembalikan kepada 300 litre.
01:29Jelasnya Malaysia masih dalam keadaan stabil hasil kapasiti pengeluaran minyak domestik serta pengalaman syarikat petrolium tempatan dalam memastikan bekalan tidak
01:38terjejas.
01:39Katanya lagi, kerajaan terpaksa mengambil langkah mengurangkan kuota subsidi daripada 300 litre kepada 200 litre bagi mengawal beban subsidi serta
01:48mengelakkan ketirisan penggunaan.
01:51Langkah itu dibuat selepas kerajaan menapati purata penggunaan penerima budi RON95 hanyalah sekitar 98 litre sebulan.
02:00Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended