Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Perdana Menteri berkata beliau berharap perbincangan itu dapat berlangsung secara harmoni demi kepentingan bersama kedua-dua pihak.
Transcript
00:00Pengerusi Pakatan Harapan PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bagi
00:08membincangkan perkembangan politik semasa berhubung pilihan raya negeri PRN Johor akan datang.
00:14Perdana Menteri berkata beliau berharap perbincangan itu dapat berlangsung secara harmoni demi kepentingan bersama kedua-dua pihak.
00:22Menurutnya walaupun pengumuman sudah dilakukan, Pengerusi Barisan Nasional BN Johor, Datuk On Hafiz Ghazi pada Sabtu, beliau akan bertemu Ahmad
00:30Zahid dan berunding secara baik.
00:32Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan On Hafiz semalam bahawa UMNO dan BN bersedia bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan
00:41Undangan Negeri pada PRN Johor selepas mendapat persetujuan pucuk pimpinan parti.
00:47Anwar turut menyeru pengundi supaya memberikan sokongan padu kepada calon PH sekiranya gabungan itu bertanding.
00:54Beliau turut mengingatkan semua pemimpin politik supaya sentiasa turun padang menyantuni masyarakat secara konsisten, bukannya hanya muncul ketika musim pilihan
01:03raya.
Comments

Recommended