00:00Kerajaan akan membincangkan cadangan meningkatkan had kuota Budi Madani Ruan 95
00:06atau Budi 95 bagi penghantar makanan P-Hailing kepada 250 liter
00:12dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara M10 selasa ini.
00:16Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan mengambil maklum
00:20had semasa sebanyak 200 liter sebulan bagi golongan berkenaan
00:23menyamai kadar penggunaan biasa.
00:26ia sekaligus memerlukan penelitian semula demi kebajikan mereka.
00:33Anwar berkata cadangan itu tercetus hasil inisiatif beliau sendiri
00:37yang turun padang bertanya dan mendengar keluhan golongan penghantar makanan
00:40tentang kecukupan kuota semasa.
00:43Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra
00:47bersama rakyat negeri Johor di Dewan Terbuka Projek Perumahan Rakyat
00:50Taman Desa Mutiara Tebrau pada Ahad.
00:52Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri turut mengumumkan
00:56peruntukan segera sebanyak RM1 juta
00:58bagi membiayai kerja-kerja baik pulih yang mendesak di kawasan perumahan berkenaan
01:02selepas mendengar aduan daripada jawatan kuasa penduduk.
01:06Pada Majlis Sama, Anwar mengarahkan supaya tandas rosak di Sekolah Bukit Mutiara
01:11dibaiki segera selepas perkara itu dibangkitkan penduduk.
01:15Beliau berkata keupayaan kerajaan menyalurkan bantuan infrastruktur
01:19dan mengekalkan harga RON95 pada kadar RM1.99 selita
01:24ialah hasil kestabilan negara, hubungan diplomatik baik
01:28serta kerjasama erat antara kerajaan persekutuan dengan negeri.
01:33Terima kasih kerana menonton!
Comments