Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata dalam sebuah negara berdaulat, sistem pendidikan tidak boleh dilihat sekadar memenuhi soal akademik, tuntutan kelompok tertentu atau identiti sempit semata-mata.
Transcript
00:00Kerajaan mengambil penekatan seimbang, inklusif dan bertanggungjawab dalam usaha memperluas akses pendidikan tinggi negara bagi membina titik temu nasional untuk
00:10masyarakat majmuk di Malaysia.
00:13Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zamri Abdul Qadir berkata, komitmen itu bagaimanapun perlu dilaksana seiring dengan usaha mempertahankan asas dasar
00:21serta falsafah pendidikan kebangsaan.
00:26Menerusi kenyataan pada ahad, beliau berkata dalam sebuah negara berdaulat, sistem pendidikan tidak boleh dilihat sekadar memenuhi soal akademik, tuntutan
00:35kelompok tertentu atau identiti sempit semata-mata.
00:38Jelas Zamri ia turut melibatkan pembinaan identiti nasional, pengukuhan perpaduan, pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta kefahaman terhadap sejarah
00:48dan kenegaraan Malaysia.
00:50Katanya lagi, atas sebab itu, kerajaan tidak boleh mengubah asas sistem nasional sebata-mata untuk memenuhi tuntutan mana-mana aliran
00:58pendidikan tertentu.
01:00Zamri berkata demikian bagi menjawab kenyataan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia Dongzong pada 15 Mei lalu
01:08yang mendakwa kerajaan gagal mencerminkan keadilan pendidikan terhadap pelajar lulusan sijil peperiksaan bersepadu UEC.
01:17Beliau menyifatkan dawaan itu tersasar dan tidak bertanggungjawab.
01:22Zamri berkata mana-mana aliran pendidikan yang mahu mendapat akses lebih luas ke institusi awam perlu menunjukkan kesediaan untuk bergerak
01:29dalam kerangka nasional negara.
01:32Kerajaan juga perlu mempertahankan prinsip serta dasar nasional yang menjadi asas perpaduan serta identiti negara.
01:39Katanya langkah kerajaan memberi laluan kepada calon UEC memohon ke Institusi Pengajian Tinggi Awam IPTA bagi kursus tertentu dalam bidang
01:49bahasa dan kesusastraan Cina
01:51dengan syarat mereka mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu dan lulus dalam subjek sejarah sijil pelajaran Malaysia SPM juga
01:59bukan sesuatu yang kabur, tidak adil dan kecacatan sistemik seperti didakwa Dongzong.
02:07Sebaliknya, Zamri berkata ia satu pendekatan inklusif dan bertanggungjawab dalam menghormati kerangka dasar pendidikan kebangsaan.
02:15Beliau berkata masa depan Malaysia memerlukan satu asas bersama yang mampu menghubungkan rakyat melalui bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
02:24pemahaman terhadap sejarah negara serta semangat kenegaraan yang sama.
02:29Katanya, Dongzong juga perlu memahami bahawa Universiti Awam ialah institusi nasional yang tertakluk kepada dasar negara.
02:37Oleh yang demikian, Kerajaan Berhak menetapkan syarat tertentu dalam menjaga standar pendidikan,
02:42keharmonian sistem dan kepentingan jangka panjang negara.
Comments

Recommended