Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kerajaan Sarawak yakin ketegangan geopolitik Timur Tengah tidak menjejaskan pembinaan lapan jambatan disasar siap tahun ini. Semua 20 projek jambatan dibiayai sepenuhnya negeri dengan peruntukan hampir RM8 bilion.
Transcript
00:00Ketegangan geopolitik di Timur Tengah dijangka tidak memberi kesan signifikan terhadap pelaksanaan projek pembinaan jambatan di Sarawak yang ketika ini
00:08kekal mengikut perancangan serta jadual ditetapkan.
00:13Timbalan Premier Sarawak, Dato' Ahmad Douglas Ugah Embas berkata, Kerajaan Sarawak yakin bagi 8 jambatan yang disasarkan siap tahun ini
00:21dapat dilaksanakan tanpa gangguan besar meskipun berdepan cabaran global.
00:26Bagi 8 jambatan yang kita harap dapat siap ataupun kita rancang untuk siap untuk tahun ini, kita tidak terlalu risau
00:45tentang masalah.
00:47Mungkin ada masalah, tetapi ia tidak akan mencapai keadaan di mana ia akan menghubungi konstruksi.
00:57Jadi kita berterima kasih bahawa ia akan berprogress.
01:09Dalam masa sama, keyakinan tersebut turut disokong oleh keupayaan kewangan negeri apabila keseluruhan 20 projek jambatan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan
01:20Sarawak dengan peruntukan hampir 8 bilion ringgit.
01:23Tegas beliau, Kerajaan Sarawak turut memantau rapat perkembangan semasa dan mekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi meneliti penekatan terbaik dalam menangani
01:33sebarang cabaran global.
01:35Namun, keutamaan kekal untuk memastikan 8 jambatan yang disasarkan tahun ini disiapkan mengikut perancangan.
01:58Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas program pembangunan infrastruktur Sarawak 2026 di Kuching pada Selasa.
Comments

Recommended