00:00Dua peniaga mercun masing-masing didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuai dalam pengendalian bahan letupan sehingga menyebabkan
00:08kebakaran kemah bunga api minggu lalu.
00:11Tertuduh Osman Abu Qasim dan Muhammad Hussaini Ehsa membuat pengakuan itu di hadapan Magistrit Nabilah Nizam.
00:17Mengikut kertas pertuduhan, kedua tertuduh secara bersama dengan cuai tidak mematuhi jarak selamat antara bahan letupan dalam milikan iaitu mercun
00:25dalam gerai bunga api
00:26dengan bahan api yang terkandung dalam kenderaan-kenderaan yang diparkir berdekatan.
00:32Perbuatan itu dilakukan di Majidi Corner, Jalan Bunga Kemboja Majidi, Kampung Sulaiman Menteri, Johor Bahru, lebih kurang jam 8.20
00:41malam pada 23 Mac lalu.
00:43Pertuduhan dibuat mengikut Session 286 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau
00:51kedua-duanya sekali.
00:53Dalam kejadian 23 Mac lalu, sebuah kemah menjual bunga api terbakar yang turut menyebabkan sebuah kereta Proton Gen 2 dan
01:00sebuah lori food truck terbakar.
Comments