00:00Bertemu kembali, kapal milik Malaysia dibenarkan melalui perairan Selat Hormuz tanpa dikenakan sebarang bayaran tul sekaligus memberi jaminan laluan selamat
00:09di tengah ketegangan di rantau Asia Barat.
00:12Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiola Mohamadi Nasrabadi berkata, Teheran telah dimaklumkan mengenai tujuh kapal Malaysia yang berada di Teluk
00:20Parsi dan berhasrat untuk melalui laluan strategik itu.
00:25Memetik laporan New Straits Time yang disiarkan pada Selasa, Valiola turut menyatakan pihak Iran telah dimaklumkan oleh Kementerian Luar Malaysia
00:33mengenai beberapa kapal Malaysia yang ingin melalui Teluk Parsi.
00:37Pada masa sama, beliau turut memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang masalah kerana Malaysia dianggap sebagai negara sahabat.
00:45Pada Sabtu, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hassan memaklumkan tujuh kapal tangki Malaysia sedang menunggu kebenaran dan tempoh laluan selamat
00:53untuk meneruskan perjalanan.
00:55Kapal berkenaan melibatkan tiga milik Pertuan Nas, dua milik MISC Berhad serta masing-masing satu milik Sapura Energi dan Syapadu
01:04Corporation Sendirian Berhad.
01:06Dalam pada itu, Valiola menegaskan selat hormus tidak ditutup sepenuhnya sebaliknya hanya dikenakan sekatan terpilih terhadap negara yang terlibat atau
01:15menyokong serangan terhadap Iran.
01:18Terdahulu, media melaporkan dakwaan bahawa pihak tentera Iran mewujudkan pusat penghutan tol di selat itu dengan bayaran mencecah 2 juta
01:26dolar Amerika atau RM8.04 juta namun perkara tersebut tidak disahkan secara rasmi oleh Tehran.
Comments