00:00Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA, Gianni Infantino menegaskan, Iran tetap akan beraksi di Piala Dunia 2026, meskipun negara itu
00:09terlibat dalam konflik dengan dua negara tuan rumah bersama, Amerika Syarikat dan Israel.
00:14Bercakap dalam temuan media Amerika, Infantino berkata, tiada sebarang pelan alternatif bagi menggugurkan Iran daripada kejohanan itu.
00:24Infantino menegaskan pasukan Iran mewakili rakyatnya di dalam dan luar negara dan FIFA mahu memastikan penyertaan itu berlangsung dalam keadaan
00:33terbaik.
00:34Sesulan ketegangan konflik di Asia Barat, skuad kebangsaan Iran dilaporkan tidak mahu bermain pelawanan peringkat kumpulan di Amerika Syarikat seperti
00:43yang dijadualkan.
00:44Sebaliknya, memohon supaya ketiga-tiga pelawanan kumpulan mereka dipindahkan ke Meksiko.
00:50Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada FIFA boleh atau bersedia memenuhi permintaan tersebut.
00:57Infantino mengakui situasi semasa adalah sangat rumit namun menegaskan keutamaan FIFA ialah memastikan pasukan Iran dapat menyertai kejohanan itu dalam
01:06suasana paling kondusif.
01:08Sementara itu, Presiden Persekutuan Bola Sepak Iran Mehdi Taj baru-baru ini berkata pasukan kebangsaan tersebut memboykot Amerika Syarikat tetapi
01:17bukan Piala Dunia
01:18menurut laporan agensi berita rasmi Iran, IRNA.
01:21Beliau bagaimanapun tidak memperincikan bentuk boykot atau implikasinya terhadap jadual perlawanan.
01:28Piala Dunia 2026 anjuran bersama Amerika Syarikat, Canada dan Meksiko akan bermula dalam tempoh beberapa bulan lagi ketika konflik di
01:37Asia Barat masih berlanjutan dengan serangan balas antara Iran, Amerika Syarikat dan Israel.
01:42Pendirian FIFA itu menandakan komitmen badan induk bola sepak dunia untuk memastikan kejohanan berkenaan tidak terjejas sepenuhnya oleh ketegangan geopolitik
01:52semasa.
Comments