Skip to playerSkip to main content
  • 48 minutes ago
Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell berkata Fed boleh menunggu untuk menilai kesan sebenar perang Iran terhadap ekonomi dan inflasi walaupun harga petrol meningkat. Fed mengekalkan kadar faedah 3.50–3.75% dan menyatakan jangkaan inflasi jangka sederhana kekal terkawal, meskipun kebimbangan pelabur menyebabkan hasil bon meningkat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pengurusi Rizad Persekutuan Amerika Syarikat, Fed Jerome Powell berkata, bank pusat itu berada dalam kedudukan yang membolehkan ia menunggu dan
00:08menilai kesan perang Iran terhadap ekonomi dan juga inflasi.
00:11Beliau menegaskan penggubal dasar lazimnya tidak bertindak balas secara tergesa-gesa terhadap kejutan sementara seperti lonjakan harga minyak.
00:21Bercakap kepada pelajar kelas makroekonomi di Universiti Harvard pada Isnin, Powell berkata dasar monetary Fed ketika ini berada pada tahap
00:28yang sesuai.
00:29Kenyataan itu dibuat ketika mana perang Iran memasuki minggu kelima dengan harga petrol di Amerika Syarikat meningkat kepada purata sekitar
00:35$4 segalon.
00:37Keadaan itu berpotensi meletakkan Fed dalam keadaan terhimpit antara dua mandat utamanya iaitu memastikan guna tenaga penuh dan mengekarkan kestabilan
00:44harga.
00:45Bagaimanapun, Powell berkata jangkaan inflasi bagi jangka sederhana dan panjang masih kukuh dan terkawal.
00:50Fed sebelum ini mengekarkan kadar faedah penanda aras semalaman pada paras 3.50 hingga 3.75% selepas mesyuarat dasar
00:59selama dua hari pada awal bulan ini.
01:01Powell berkata sebelum Fed mempertimbangkan sama ada untuk mengabaikan atau bertindak terhadap peningkatan inflasi akibat perang Iran,
01:07Bank Pusat mahu melihat inflasi harga barangan berasaskan tarif mereda terlebih dahulu.
01:11Sejak kenyataan Fed itu, kebimbangan pelabur terhadap inflasi telah menyumbang kepada kenaikan hasil bon perbendaraan Amerika Syarikat.
01:18Satu tinjauan Universiti Michigan pula menunjukkan peningkatan jangkaan harga pengguna bagi tempoh setahun akan datang,
01:24walaupun petunjuk pasaran lain yang diperhatikan menunjukkan gambaran yang lebih stabil.
01:29Powell mengulangi bahawa Fed akan mempertimbangkan semua faktor secara menyeluruh termasuk kesan geopolitik, pasaran tenaga dan setima pengguna sebelum membuat
01:37sebarang keputusan dasar seterusnya.
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended