Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Syarikat penerbangan Korea Selatan, Korean Air, dijangka memasuki mod pengurusan kecemasan bermula April depan susulan peningkatan mendadak kos bahan api akibat konflik di Asia Barat.
Transcript
00:00Syarikat penerbangan Korea Selatan, Korean Air, dijangka memasuki mod pengurusan kecemasan bermula April depan, susulan peningkatan mendadak kos bahan api
00:10akibat konflik di Asia Barat.
00:12Memetik Reuters, langkah diambil selepas harga minyak global melonjak, sekaligus memberi tekanan besar kepada kos operasi syarikat.
00:19Menerusi memo dalaman syarikat penerbangan itu, Korean Air memaklumkan sekiranya harga minyak kekal tinggi, sasaran perniagaan tahunan syarikat berdepan gangguan
00:30ketara dan memerlukan peralihan kepada sistem operasi kecemasan.
00:34Selain itu, Korean Air menganggarkan kos bahan api bagi April bakal meningkat seperti yang diunjurkan dalam pelan perniagaan asal sekaligus
00:43meningkatkan beban kos bulanan.
00:45Susulan itu, sercaj bahan api untuk penerbangan keluar dari Korea Selatan turut meningkat dengan ketara bermula April.
00:52Tambahnya, kadar tambang bagi laluan Incheon ke New York dan Chicago dilaporkan melonjak lebih 200%, manakala laluan Incheon ke London
01:02dan Paris dijangka meningkat hampir 250%.
Comments

Recommended