00:00Risiko kredit hutang Asia dijangka meningkat paling ketara pada Mac sejak 2023,
00:05susulan kebimbangan terhadap kesan perang Iran terhadap ekonomi rantau ini.
00:10Indeks market menunjukkan,
00:13swap kegagalan kredit atau CDS untuk hutang berpenarafan baik
00:17dijangka naik 27 mata asas bulan ini,
00:20lonjakan terbesar sejak Ogos 2023 ketika krisis hartanah Cina memuncap.
00:28Pelabur semakin mengambil kira senario negatif global apabila konflik Iran berlarutan.
00:33Asia yang sangat bergantung pada tenaga dari Asia Barat
00:37menghadapi risiko pertumbuhan dan inflasi yang meningkat
00:41akibat isyarat bercampur daripada pentadbiran Amerika Syarikat mengenai perang.
00:46Pakar kredit di Pacific Investment Management Company, Lutfi Karowi berkata,
00:50sekiranya konflik berlanjutan lebih lama,
00:52risiko pertumbuhan mungkin akan dinilai semula dengan lebih tajam.
00:56Harga minyak jatuh selepas laporan Trump bersedia menamatkan operasi ketenteraan di Iran
01:02walaupun selat hormus masih ditutup sebahagian besarnya.
01:06Filipina terutamanya terdedah kerana hampir semua minyaknya diimport dari Asia Barat
01:10dan kerajaan telah mengisytiharkan darurat tenaga.
01:13Walaupun risiko meningkat, terdapat peluang pelaburan kerana penerbitan bon baharu
01:18kini dijual dengan lebih tinggi daripada pasaran sekunder dan menawarkan kupon yang baik.
Comments