Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Jangkaan 2026 menunjukkan peningkatan tekanan harga berbanding tahun lepas, apabila inflasi berada pada julat bawah ramalan awal BNM iaitu 1.3% hingga 2.0%.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bank Negara Malaysia BNM jangka inflasi utama Malaysia meningkat kepada purata antara 1.5% hingga 2.5% pada
00:092026,
00:10naik daripada 1.4% pada 2025 berikutan tekanan kos luaran yang lebih tinggi dalam persekitaran global yang tidak menentu.
00:19Jangkaan 2026 menunjukkan peningkatan tekanan harga berbanding tahun lepas apabila inflasi berada pada julat bawah ramalan awal BNM
00:28iaitu 1.3% hingga 2.0%.
00:34BNM menyatakan inflasi dijangka kekal, sederhana dan hampir kepada purata jangka panjang,
00:41disokong langkah dasar domestik serta persekitaran permintaan yang relatif stabil.
00:46Tambah BNM, tekanan kos yang dihadapi oleh syarikat dijangka kekal terkawal.
00:50Dengan tingkah laku harga secara umumnya berhati-hati di segmen runcit dan perkhidmatan.
00:56Walaupun harga komoditi global mungkin lebih bersifat tidak stabil,
01:00terutamanya akibat ketegangan geopolitik di Asia Barat,
01:03kesannya terhadap inflasi domestik dijangka dapat diurus.
01:07Kekuatan nilai ringgit dijangka membantu mengurangkan tekanan kos import,
01:11manakala langkah dasar bersasar akan melindungi pengguna dan perniagaan daripada kesan harga global yang lebih tinggi.
01:17Inflasi teras yang mengecualikan barangan yang mudah berubah harga dijangka kekal stabil
01:23antara 1.8% hingga 2.3% pada 2026 selaras dengan purata jangka panjang.
01:30Ini mencerminkan jangkaan aktiviti ekonomi akan kekal hampir pada potensi tanpa menimbulkan tekanan harga,
01:37berasaskan permintaan yang signifikan.
01:39Dari segi dasar moneteri, BNM menyatakan jawatan kuasa dasar moneteri MPC akan terus menyesuaikan tetapan dasar
01:48berdasarkan risiko yang berubah terhadap pertumbuhan dan inflasi.
01:51Dasar moneteri akan kekal bergantung pada data dengan keputusan mengenai kadar dasar semalaman OPR
01:58dipandu oleh perkembangan ekonomi dan kewangan yang masuk.
Comments

Recommended