Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Sebarang keputusan melibatkan sesi persekolahan, termasuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) susulan fenomena cuaca panas, akan dibuat secara bersepadu bersama Kementerian Kesihatan dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Transcript
00:00Sebarang keputusan melibatkan sesi persekolahan termasuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah PDPR.
00:07Susulan fenomena cuaca panas akan dibuat secara bersepadu bersama Kementerian Kesihatan dan Jabatan Meteorologi Malaysia-MakMesia.
00:14Menteri Pendidikan Falina Siddiq berkata pihaknya akan meneliti langkah jangka pendek dan jangka panjang
00:20bagi menengani kesan cuaca panas melampau dengan keutamaan diberikan kepada kesejahteraan dan keselamatan warga sekolah.
00:30Menurut Falina, perancangan menyeluruh diperlukan bagi memastikan sistem pendidikan terus berjalan tanpa menjejaskan pembelajaran murid.
00:38Saya ambil pendekatan bahawa setiap perancangan itu kita akan tindak susul bersama dengan KKM dan juga bersama dengan MAD
00:47supaya perancangan itu lebih teratur dan baik serta tidak menjejaskan pembelajaran anak-anak.
00:53Sebab keutamaan kita adalah pembelajaran anak-anak dan juga kesihatan warga sekolah kita.
00:58Jadi semua keputusan itu harus diambil kira dalam konteks merujuk dan mendapat kepeduman daripada KKM dan juga MAD.
01:07Dalam pada itu, Falina berkata beberapa cadangan daripada pakar berhubung penambahbaikan fasiliti sekolah
01:14termasuk penyediaan kawasan berbumbung dan penyaman udara di dalam bilik darjah akan dipertimbangkan.
01:20Beliau menambah semua cadangan tersebut akan diteliti secara menyeluruh di peringkat KPM
01:25termasuk usaha berterusan menambah baik kemudahan sedia ada di sekolah.
01:29Itu semua cadangan-cadangan yang baik dan sebenarnya kalau kaedah berbumbung ini di sekolah-sekolah memang kita sentiasa tambah baik.
01:36Jadi insyaAllah cadangan-cadangan ini kita akan bertimbangkan di peringkat penyaman belakang Malaysia.
01:41Sebelum ini, MAD Malaysia memaklumkan fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara
01:46dijangka berterusan hingga awal monsoon barat daya atau MBD pada Jun
01:50sesulan keadaan atmosfera lebih kering dan taburan hujan rendah.
Comments

Recommended