00:00Bank Negara Malaysia BNM menjangka ekonomi Malaysia berkembang antara 4 hingga 5 peratus pada 2026 disokong oleh permintaan domestik yang
00:09kukuh dan momentum pelaburan yang berterusan.
00:12Jangkaan ini sedikit lebih optimis berbanding ramalan Kementerian Kewangan MOF iaitu 4.0 hingga 4.5 peratus yang diumumkan dalam
00:22belanjawan 2026 pada Oktober tahun lepas.
00:28Keluaran dalam negara kasar KDNK Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2025 melebihi ramalan rasmi BNM iaitu 4 peratus sehingga
00:384.8 peratus menandakan pertumbuhan terkuat sejak 2022 apabila ekonomi berkembang 9 peratus.
00:46BNM menyatakan pertumbuhan 2026 akan terus berbandukan permintaan domestik terutamanya perbelanjaan sektor swasta perikutan pasaran buruh yang stabil dan pertumbuhan
00:56pendapatan.
00:57Pendapatan berterusan disokong pertumbuhan ekonomi yang mantap serta penyesuaian gaji penjawat awam dijangka menyokong perbelanjaan pengguna.
01:06Aktiviti pelaburan dijangka terus berkembang meskipun pada kadar lebih sederhana berbanding kitaran semasa yang dipacu oleh pelaksanaan projek yang telah
01:15diluluskan dan inisiatif infrastruktur yang sedang berjalan.
01:19Peningkatan kapasiti dijangka dipacu oleh sektor elektrik dan elektronik, teknologi maklumat dan komunikasi serta tren digitalisasi dan automasi.
01:28Dari segi sektor, perkhidmatan dan pembuatan dijangka kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan pada 2026, manakala aktiviti pembinaan akan terus berkembang
01:39berdasarkan projek infrastruktur dan pembangunan hartanah yang sedang berjalan.
01:44Sektor perkhidmatan dijangka berkembang 5.2% disokong aktiviti berkaitan pengguna, pelancongan melalui Visit Malaysia 2026 serta pengembangan berterusan dalam
01:55ICT dan perkhidmatan kewangan.
01:58Pertumbuhan pembuatan dijangka sederhana kepada 4.3% dengan segmen elektrik dan elektronik mendapat manfaat daripada permintaan global berterusan yang
02:08berkaitan perkembangan teknologi.
02:10Terima kasih kerana menonton!
Comments