00:00Parlimen Israel meluluskan bajet tahun 2026 dengan perutukan peningkatan ketara dalam perbelanjaan ketenteraan ketika mana ia terus terlibat dalam peperangan
00:09di Asia Barat.
00:10Bajet Kementerian Pertahanan Israel kini meningkat melebihi 45 bilion dolar Amerika atau 181 bilion ringgit.
00:19Keputusan itu mengelakkan kejatuhan automatik kerajaan dan pilihan raya mengejut yang sepatutnya berlaku.
00:25Jika bajet gagal diluluskan sebelum penghujung Mac seperti diperuntukkan Undang-Undang Israel.
00:32Jumlah keseluruhan perbelanjaan yang dicadangkan bagi 2026 dianggarkan sekitar 270 bilion dolar Amerika.
00:41Merujuk kepada perang di Iran, kenyataan Parlimen menyebut sebagai sebahagian daripada bajet yang dikemas kini dan susulan operasi Roaring Lion,
00:49lebih 10 bilion dolar Amerika ditambah kepada bajet Kementerian Pertahanan menjadikannya melebihi 45 bilion dolar.
00:57Perbelanjaan pertahanan Israel meningkat secara berterusan sejak perang di Gaza tercetus.
01:03Selain perang baru dengan Iran bersama sekutunya Amerika Syarikat sejak 28 Februari,
01:09Israel turut berdepan pertempuran dengan kumpulan Hezbollah yang disokong Iran di selatan Lubnan.
01:14Menjelang undian, ahli Parlimen berbahas mengenai cadangan bajet hingga lewat Ahad malam.
01:21Menteri Kewangan berhaluan kanan Bezalel Smotrich menyifatkannya sebagai titik perubahan bersejarah bagi Israel.
01:29Beliau turut memuji prestasi makroekonomi Israel sebagai menakjubkan walaupun dalam keadaan perang.
Comments