Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
JPNS mengarahkan sekolah memantau aktiviti murid ketika cuaca panas, melarang aktiviti luar jika suhu tinggi serta membenarkan pemakaian lebih selesa.
Transcript
00:00Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak JPNS mengeluarkan pekeliling kepada sekolah untuk memantau aktiviti murid, terutama ketika cuaca panas.
00:09Aktiviti luar bilik darjah tidak dibenarkan sekiranya suhu terlalu tinggi, manakala aktiviti digalakkan dijalankan di kawasan berbumbung atau dalam bangunan.
00:20Pengarah JPNS Omar Mahali berkata, dalam aspek pemakaian pula, murid dibenarkan memakai pakaian yang lebih selesa mengikut kesesuaian cuaca semasa.
00:31Mereka kalau nak buat aktiviti dalam dewan ataupun di bawah bangunan yang terlindung daripada cahaya matahari yang panas.
00:38Dan dari segi pakaian, murid-murid juga boleh menggunakan pakaian yang mereka selesa.
00:49Kalau sebelum ini mereka datang dengan pakaian lengkap, Thai, mereka boleh menggunakan pakaian yang lebih selesa sikit.
00:59Yang ini pihak sekolah tak tahulah untuk memberi arahan, bergantung kepada cuaca yang ada pada hari tersebut.
01:10Jelas Omar setakat ini, Sarawak masih berada dalam zon hijau berdasarkan bacaan suhu semasa dan tidak memerlukan penutupan sekolah.
01:19Namun langkah berjaga-jaga tetap dilaksanakan termasuk menggalakkan murid, membawa dan minum air secukupnya sepanjang waktu persekolahan.
01:28Menurutnya kebanyakan sekolah di negeri itu telah dilengkapi kemudahan mesin air minuman dan perkara itu bukan sesuatu yang baharu.
01:37Semasa kunjungan saya ke sekolah, sekolah-sekolah memang telah menyediakan mesin air sejuk dan air panas untuk murid-murid kita.
01:46Dan ini kita tegaskan lagi kepada pihak sekolah, terutama sekolah yang berasrama, yang mempunyai peruntukan untuk membeli air minuman, memang
01:57kita galakkan.
01:59Dan kita juga mengadu-adukan sumbangan PIBG, PIBKS untuk menghantar minuman ke sekolah bagi membantulah murid yang mungkin tidak mampu
02:14membawa minuman sendiri.
02:16Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman keputusan sijil pelajaran Malaysia SPM tahun 2025 di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak di
02:26Kucing pada Selasa.
Comments

Recommended