Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Seorang guru, Hafizul Syarafi Mohd Noor di Johor Bahru tetap mengekalkan tradisi menghantar kad raya sebagai ucapan sambutan Aidilfitri kepada kenalannya dan juga kerabat diraja.
Transcript
00:00Jika pada era 80-an, 90-an sehingga awal tahun 2000, generasi milenial sinonim dengan penggunaan kad raya sebagai pengganti
00:08diri untuk menyampaikan ucapan Aidilfitri.
00:11Seiring perkembangan pesat teknologi dan kehadiran media sosial, tradisi mengirim kad raya kini semakin dilupakan dan dianggap ketinggalan zaman.
00:20Namun, bagi seorang guru di Johor Bahru, tradisi itu masih diteruskan sebagai usaha memelihara nilai budaya dan memupuk minat menulis
00:29dalam kalangan generasi muda.
00:34Tenaga pengajar subjek bahasa Melayu, pendidikan seni visual dan pendidikan jasmani di Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Hafizul Syarafi Mohamad Nur
00:42mula aktif mengirim kad raya kepada kenalan, mimpin negara serta kerabat diraja sejak lima tahun lalu.
00:49Minat itu terbit daripada keinginannya untuk mengekalkan budaya lama yang semakin dilupakan dalam era digital masa kini.
00:58Menurutnya, aktiviti menghasilkan dan menghantar kad raya juga menjadi platform untuk memberi pendedahan kepada murid-muridnya, terutama dalam memupuk kemahiran
01:07menulis dan memperkaya kuasa kata bahasa Melayu.
01:10Pada hemat saya, murid ini akan matang mengikut usia.
01:14Jika mereka terdedah dengan aktiviti seperti ini, iaitu menulis kad raya kepada kerabat istana ataupun kepada rakan dalam dan luar
01:22negara,
01:23insyaAllah ia akan jadi lebih matanglah.
01:26Sebab gaya bahasa penulisan ini boleh berkembang setiap masa.
01:31Dan pada saya, murid-murid sekarang sangat penting perbanyakan aktiviti menulis.
01:37Sebab itulah penghasilan kad raya ini sangat sesuai untuk melatih literasi dan bagi murid yang kurang yakin dengan kata ganti
01:46nama diri lah.
01:47Contohnya, nak gunakan perkataan beta, baginda, patik, tuanku, saya, awak.
01:52Jadi, bila kita menulis surat ataupun kad raya, mereka lebih faham penggunaan kuasa kata istilah.
02:00Kebiasaannya, bapa kepada tiga anak itu akan menghantar kad raya seminggu sebelum Ramadan bagi memastikan ia sempat diterima dan dibalas
02:07sebelum Aidilfitri.
02:10Hafizul berkata, dia memperuntukkan kira-kira RM300 setiap tahun bagi mengirim sekitar 40 kad raya kepada kenalan serta keluarga diraja.
02:20Anak kelahiran Kota Samarahan, Sarawak itu turut berkongsi antara kad raya paling istimewa yang pernah diterimanya adalah daripada kerabat di
02:28Raja Johor, Pelis, Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan serta Brunei.
02:33Dia malah pernah menerima kad ucapan daripada pembesar setia pentadbir kerajaan negeri termasuk mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
02:41Saya harap sangat benda ini diteruskan sampai bila-bila walaupun ada ramai yang kata rindunya kenangan zaman dulu nak hantar
02:49kad raya tapi tak ada kawan.
02:50Sebenarnya kawan boleh dicari. Cuma kita masuk saja dalam grup yang betul. Contohnya di Facebook kita ada grup geng tukar
02:59kad raya.
03:00Bukan setakat geng tukar kad raya, kita ada banyak geng simpan sampul raya, kumpul stem dan ada macam-macam lagi.
03:09Jadi, benda ini memang patut diteruskan sebab kad raya ini dia mempamerkan kita punya peribadi.
03:17Kalau kita hantar yang terbaik, itulah diri kita.
03:20Kad raya yang paling berharga setakat ni lah bagi saya daripada kaum kerabat istana lah.
03:28Sebab kad dia dari segi kualiti memang premium.
03:32Setakat ni saya belum menerima kad yang macam menyentuh perasaan.
03:36Perasaan tu selalu hadir selepas saya maklumkan kepada pengirim yang saya dah terima.
03:41Dan dia ceritakan kesusahan dia dan macam-macam dia punya ceritalah untuk buat kad raya.
03:47Sebab sebelum ni dia belum terbiasa.
03:50Menurut Hafizul, setiap kad raya yang diterimanya akan disimpan rapi sebagai koleksi pribadi.
03:56Baginya, setiap kad raya diterimanya bukan sekadar ucapan Aidilfitri
04:01tetapi membawa nilai sentimental yang melampangkan keikhlasan dan keunikan pribadi pengirimnya.
Comments

Recommended