Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Dakwaan tular kononnya Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan bagi memberi laluan kepada sebuah kuil disifatkan tidak benar, berunsur fitnah dan berniat jahat.
Transcript
00:00Dawaan tular, kononnya Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan bagi memberi laluan kepada kuil disifatkan tidak benar, berunsur fitnah dan berniat
00:11jahat.
00:12Ahli Lembaga Pelawat Hospital Bukit Mertajam dalam kenyataan menegaskan, maklumat yang disebarkan melalui akaun Facebook dikenali sebagai Hamli Hadi itu,
00:21boleh mengelirukan orang ramai serta mencetuskan ketegangan kaum dan agama.
00:28Menurut kenyataan itu, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Stephen Sim tidak pernah menyentuh isu berkaitan kuil ketika lawatan beliau ke hospital
00:36berkenaan pada 14 September lalu seperti yang didakwa.
00:41Sebaliknya, fokus lawatan beliau adalah kepada usaha penamahbaikan fasiliti hospital demi kesejahteraan rakyat.
00:48Cadangan yang sering diusahakan ialah pembinaan blok tambahan bagi menampung peningkatan jumlah pesakit.
00:53Cadangan pembinaan bangunan baru itu diusahakan sejak 2023 bersama pihak hospital, manakala bangunan sedia ada akan terus dikekalkan tanpa sebarang
01:03pemindahan.
01:04Menurut kenyataan itu lagi, Kerajaan Pulau Pinang turut menyatakan sokongan kepada cadangan terbabit dengan menyediakan tanah seluas 32,000 meter
01:13persegi dan projek itu kini dalam proses kelulusan Kementerian Kesihatan.
01:17Sehubungan itu, pihak lembaga pelawat menyeru pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun media sosial terbabit serta mengambil tindakan
01:27tegas di bawah undang-undang berkaitan.
Comments

Recommended