Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam Ahad, mengorbankan juruterbang dan pembantu juruterbang serta mencederakan dua lagi.
Transcript
00:00Bertemu kembali dalam laporan antarabangsa, sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan lapangan terbang LaGuardia, New
00:08York pada lewat malam ahad.
00:10Mengorbankan juru terbang dan pembantu juru terbang serta mencederakan dua lagi, juru cakap pegawai pengatkuasa undang-undang berkata,
00:18Kejadian itu berlaku kira-kira 11.40 malam waktu tempatan ketika penerbangan Jazz Aviation yang dikendalikan bagi pihak Air Canada
00:25melanggar sebuah kenderaan Aircraft Rescue and Firefighting ARFF milik Port Authority yang sedang digerakkan untuk satu insiden lain.
00:33Menurutnya, protokol tindak balas kecemasan telah diaktifkan serta merta dengan lapangan terbang kini ditutup bagi memudahkan operasi tindak balas dan
00:43membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan.
00:46Dua orang dalam trak bomba turut cedera ketika kenderaan itu sedang bertindak balas terhadap sebuah penerbangan berhampiran yang melaporkan bahawa
00:55tidak diketahui di kokpit.
00:57Sementara itu, Air Canada berkata pesawat CRJ-900 itu membawa 72 penumpang dan 4 anak kapal berdasarkan senara awal.
01:07Pentadbiran Penerbangan Persekutuan FAA mengeluarkan arahan pemberhentian sementara semua penerbangan berlepas ke LaGuardia.
01:14Berikutan kecemasan tersebut dengan penutupan berkuat kuasa sehingga 6 petang waktu tempatan kebarang kalian untuk tempoh penutupan itu dilanjutkan adalah
01:25tinggi.
Comments

Recommended