Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Myanmar memperkenalkan pelaksanaan bekerja dari rumah pada setiap Rabu bagi jabatan kerajaan bermula 25 Mac 2026 sehingga diberitahu kelak bagi membantu mengurangkan penggunaan bahan api.
Transcript
00:00Myanmar memperkenalkan pelaksanaan bekerja dari rumah pada setiap Rabu bagi Jabatan Kerajaan bermula 25 Mac sehingga diberitahu kelak.
00:10Langkah itu diambil bagi membantu mengurangkan penggunaan bahan api.
00:17Perkara itu dimaklumkan oleh Pasukan Penerangan Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara.
00:22Pegawai dan kaki tangan perlu mengelakkan sebarang perjalanan atau penggunaan kenderaan yang tidak penting pada hari bekerja dari rumah yang
00:31ditetapkan.
00:32Ia turut menggalakkan organisasi swasta dan entiti perniagaan melaksanakan pengaturan serupa mengikut kesesuaian.
00:41Sebagai tindak balas terhadap kemungkinan kekurangan bahan api susulan konflik berterusan di Asia Barat,
00:48kerajaan sebelum ini melaksanakan sistem giliran kenderaan ganjil, genap serta catuan bahan api.
00:57Selain itu, kerajaan juga sedang berusaha mendapatkan import bahan api melalui pelbagai saluran bagi memastikan bekalan yang berterusan.
Comments

Recommended