00:00Iran pada Isinan menafikan dawaan ia menyasarkan sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat United Kingdom di Diago Garcia dengan peluru berpandu.
00:10Jurucakap Kementerian Luar Iran Ismail Bakai dalam kenyataan di PlatformX berkata, tuduhan terbaharu itu tidak mempunyai kredibiliti dan mencerminkan corak
00:20maklumat palsu.
00:24Kenyataan setiausaha agung NATO Mark Reuter yang enggan menyokong dawaan terbaharu Israel dilihat mencerminkan keengganan komuniti antarabangsa untuk terus mempercayai
00:35naratif yang disifatkan sebagai tidak berasas.
00:38Menurut laporan, NATO tidak dapat mengesahkan dawaan Israel bahawa peluru berpandu yang menyasarkan pangkalan Diego Garcia adalah peluru berpandu balistik
00:48antara benua milik Iran.
00:50Perkara itu timbul selepas laporan Wall Street Journal pada Jumaat yang berdakwa dua peluru berpandu balistik jarak sederhana dilancarkan ke
00:59arah pangkalan berkenaan namun gagal mencapai sasaran.
01:03Dalam masa sama, Pentagon belum memberikan sebarang maklum balas rasmi berhubung insiden tersebut.
01:10Diego Garcia merupakan antara pangkalan strategik yang digunakan Amerika Syarikat dengan kebenaran United Kingdom dalam operasi ketenteraan berterusan melibatkan Iran.
01:21Insiden itu turut mencetuskan persoalan memandangkan lokasi Diego Garcia terletak kira-kira 4,000 km dari Iran iaitu melebihi jarak
01:32maksimum peluru berpandu Iran yang dianggarkan sekitar 2,000 km.
01:37Terima kasih.
01:39Terima kasih.
01:39Terima kasih.
Comments