00:00Di saat ucapan Aidilfitri semakin beralih kepada penggunaan digital, masih ada yang setia dengan cara lama mengirim kad raya fizikal.
00:10Lebih istimewa, kiriman itu turut menerima balasan daripada Istana Negara dan Kesultanan Brunei.
00:17Ini laporan saya sediakan kisah Nurain Muhammad Hadi yang menghidupkan kembali tradisi.
00:26Nurain mula mengembangkan minat dengan menghantar kad raya fizikal sejak pandemik COVID-19 ketika pergerakan terhad yang menyukarkan orang ramai
00:35untuk berhubung secara bersemuka.
00:38Dia mula menyatai komuniti pengumpul kad raya di Facebook sekaligus mempelajari cara menghantar kad raya fizikal kepada pelbagai penerima termasuk
00:47golongan istana.
00:48Jadi ada kawan-kawan daripada geng pengumpul kad raya itu dia yang akan guide bagi tahu macam mana cara nak
00:54hantar kad raya itu.
00:56Lepas itu bila kita buka website istana kan dekat situ ada tahu cara-cara protokol macam mana kita nak menulis
01:04surat ataupun kad raya kepada VIP lah.
01:08Bagi mengekalkan kualiti, Nurain memperuntukkan kira-kira RM800 setiap kali musim perayaan untuk membeli kad raya dan stamp.
01:18Bila terima first kali itu memang teruja sangat. Rasa macam tak percaya.
01:23Kita sebagai rakyat biasa kita boleh dapat kad ucapan daripada kerabat diraja.
01:28Lepas itu yang specialnya kad itu bukan ada ucapan saja tapi kad itu ada tanda tangan asli kerabat diraja itu
01:35sendirilah.
01:37Antara impiannya kalau boleh nak sendiri hantar kad raya itu by hand.
01:41Lepas itu kad raya yang ada ini kalau boleh sendiri nak jumpa dengan Sultan ataupun Maisuri.
01:46nak minta tanda tangan itu sendiri secara berdepan dan simpan kenangan lah.
01:52Mungkin ambil gambar ke untuk kenangan masa depan nanti.
01:56Di sebalik kemudahan teknologi hari ini, Nurain yakin kad raya fizikal masih mempunyai nilai tersendiri yang tak lapuk dik hujan,
02:04tak lekang dik panas.
02:06Untuk tradisi menghantar kad raya ini masih lagi relevan sebab masih ramai sebenarnya yang menghantar.
02:13Cuma dia tak macam dulu ada fenomena hantar kad raya.
02:17Sekarang semakin berkurang, semakin dilupakan sebab orang dah balik ke digital.
02:25sepatutnya diteruskan lagi lah sebabnya kad raya ini yang spesialnya kad ini boleh dipegang, disetuh, disimpan sampai lah ke akhir
02:35hayat.
02:35So boleh lepaskan kepada anak cucu untuk tengok siapa tokoh-tokoh yang sebelum ni, kerabat yang sebelum ni.
02:42Daripada situ pun mereka akan belajar lah nanti.
02:44Saya rasa tradisi ni harus diteruskan kerana ia adalah salah satu medium komunikasi antara rakyat dan juga institusi diraja.
02:54Di saat ucapan hanya di hujung jari, masih ada yang memilih untuk menulis dengan hati.
03:01Kerana bagi mereka kad raya bukan sekadar tradisi tetapi kenangan yang boleh dirasai.
03:08Kad Sekadir bersama Juru Kamera Wafinur Azmi, Estro Awani.
03:14Terima kasih kerana menonton!
Comments