00:00Pengendali Harimau Malaya Peter Klamovsky mengakui isu luar padang yang mengakibatkan Malaysia terlepas tiket ke Piala Asia 2027 merupakan satu
00:11tamparan hebat buat dirinya dan seluruh pasukan.
00:15Tegas pengendali kelahiran Australia itu, kegagalan ini amat perit. Namun ia tidak memadamkan visi jangka panjangnya untuk membawa Malaysia ke
00:24Piala Dunia.
00:27Malah Klamovsky turut mengakui sudah mempunyai ikatan emosi yang cukup kuat dengan skuad negara sejak menggalas tanggungjawab itu 1 Januari
00:36tahun lalu.
00:37Harimau Malaya kini dalam rangka persiapan bagi mengharungi aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam di Stadium Tian Trong,
00:47Ninh Binh 31 Mac ini.
00:49Vietnam sudah mengesahkan slot ke pusingan akhir Piala Asia 2027 selepas menghimpun 15 mata.
00:57Skuad negara gagal ke Piala Asia buat kali kedua berturut-turut.
01:01Selepas enam mata ditolak susulan pemain yang tidak layak ketika menentang Nepal dan Vietnam.
Comments