00:00Pemilik stesen minyak di Bangladesh memberi amaran bahawa stesen minyak di seluruh negara itu mungkin ditutup.
00:08Susulan kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat.
00:12Persatuan pemilik stesen minyak Bangladesh memaklumkan, stesen minyak kini berdepan situasi kritikal
00:18apabila peruntukan bekalan bahan api harian daripada syarikat tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pengguna.
00:29Akibatnya, penunggang motosikal terpaksa beratur panjang selama berjam-jam untuk mengisi bahan api.
00:35Menurut persatuan itu, pekerja stesen minyak turut berdepan tekanan fizikal dan mental yang serius akibat beban kerja berterusan.
00:43Persatuan itu juga mendakwa isu keselamatan dalam sektor pemasaran bahan api sebahagian besarnya diabaikan oleh kerajaan dan pentadbiran tempatan
00:53sekaligus menyebabkan kekacauan yang semakin meningkat di stesen minyak.
00:57Katanya terdapat kumpulan terancang yang memaksa stesen minyak beroperasi pada waktu malam dan mengambil bahan api.
01:04Selain kekurangan bahan api, risiko keselamatan turut meningkat termasuk ancaman rompakan terhadap lori tangki semasa penghantaran dari depo.
01:13Persatuan itu memberi amaran bahawa melainkan keselamatan mencukupi dijamin dengan segera,
01:19pemilik stesen minyak mungkin terpaksa menghentikan pengambilan bekalan bahan api dari depo dan akhirnya menutup operasi.
01:27Tambahnya pada malam sebelum Aidilfitri, banyak stesen minyak tidak dapat menyimpan walaupun 200 liter oktana untuk perkhidmatan kecemasan seperti ambulans
01:36kerana bahan api diambil secara paksa selepas pump dibuka di bawah tekanan.
01:41Terima kasih.
Comments