00:00Sikap defensif dan memusuhi pandangan yang berbeza dalam kalangan pemimpin politik perlu dihentikan segera.
00:09Sebaliknya, Bendahari Agung Pas, Dato' Iskandar Samad berkata,
00:13kerajaan disaran lebih terbuka dalam menerima pandangan pelbagai pihak
00:17demi menghasilkan keputusan yang lebih menyeluruh dan berkesan.
00:23Katanya, kerajaan perlu lebih proaktif dalam rangka dasar yang mampu meringankan beban rakyat
00:30termasuk menangani isu kenaikan harga barang, peningkatan tarif perkhidmatan
00:34serta gangguan rantaian bekalan yang boleh menjejaskan kehidupan harian.
00:38Pada masa sama, beliau menegaskan, pembangkang juga perlu memainkan peranan dengan lebih matang dan bertanggungjawab.
00:45Fokus utama seharusnya diberikan kepada isu-isu rakyat yang semakin mendesak,
00:49bukannya perebutan kedudukan atau perbalahan dalaman.
00:53Beliau turut mengingatkan, rakyat kini semakin jemur dengan sandiwara politik yang tidak membawa manfaat.
01:01Sebaliknya, mahukan pembelaan yang tulin, dasar berkesan serta kepimpinan berintegriti.
Comments