00:00Kawasan hutan seluas 1.2 hektare di Taman Bukit Gambir Gelugur, Pulau Pinang terbakar tengah hari Senin.
00:08Penolong pengarah bahagian operasi kebombaan dan penyelamat Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia GBPM Pulau Pinang,
00:15John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.51 tengah hari
00:21dengan jentera pertama dari Balai Bomber Jalan Perak tiba di lokasi pada 2.07 petang.
00:27Menurutnya, operasi pemadaman dibahagikan kepada dua sektor dan teknik pemisah kebakaran
00:33turut digunakan bagi mengelak api daripada merebak.
00:36Beliau berkata operasi melibatkan sembilan anggota serta bantuan sebuah Fire Rescue Tender FRT,
00:43unit bantuan perkhidmatan kecemasan dan sebuah keneraan utiliti.
00:47John Sagun berkata, kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya sekitar jam 4.15 petang,
00:51manakala pemeriksaan lanjut masih dijalankan dengan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.
Comments