Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Menjelang Aidilfitri, lemang terus menjadi juadah pilihan di Sandakan. Permintaan tinggi menyebabkan pelanggan sanggup beratur panjang, dengan peniaga mencatat jualan ratusan batang sehari sepanjang Ramadan.
Transcript
00:00Setiap kali lebaran, juadah tradisional seperti lemang terus menjadi pilihan utama masyarakat.
00:07Di sandakan umpamanya, orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan lemang.
00:14Menariknya, lemang ini diusahakan peniaga dari Semenanjung.
00:17Sekaligus membuktikan Aidilfitri mampu menyatukan dua wilayah yang terpisah Laut Cina Selatan.
00:26Sejak awal Ramadan lagi, warga sandakan tidak pernah terlepas mendapatkan lemang Pak Din
00:31yang diusahakan Muhammad Majduddin Abdul Wahab yang berasal dari Pendang Kedah.
00:36Menurut pesara tentera laut itu, permintaan terhadap lemang semakin meningkat.
00:40Terutamanya menjelangnya Aidilfitri sehingga mencecah ratusan batang.
00:45Sambutan semakin rancak. Hari-hari dalam 200-300 batang jalan.
00:54Sementara itu, peniaga lemang Sri Pahang, Nur Lindah Karim, sejak Ramadan,
00:59gerainya di tepi jalan hadapan Wisma Persekutuan Batu 7 tidak pernah lengang
01:04dengan pengunjung yang mendapatkan juadah itu untuk berbuka puasa.
01:09Setibu insya Allah, pembeli semakin bertambah sehingga tidak menang tangan dibuatnya.
01:14Alhamdulillah, sepanjang Ramadan ini saya nampak sambutan lemang sangat-sangat memuaskan.
01:19ramai pelanggan yang mencari ibu lemang untuk juadah berbuka puasa.
01:24Kepanjang dua hari Aidilfitri ini, Alhamdulillah sambutan sangat bagus.
01:30Sangat, orang kata, tidak menang tanganlah begitu.
01:35Bagi pelanggan, keunikan lemang di sini bukan sekadar pada rasa,
01:40tetapi pada aromanya yang membangkitkan selera.
01:43Ini kali yang keempat, aroma dia, bau dia sedap, lemak, macam itulah.
01:54Hari raya memang lemang ini digemari dekat sini.
01:59Lemang ini memang juada istimewa Aidilfitri.
02:03Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended