Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Aidilfitri disambut penghuni PUSPEN dalam suasana sederhana namun penuh makna, sebagai permulaan baharu proses pemulihan. Mereka berkongsi cabaran, perubahan diri dan harapan agar masyarakat memberi peluang serta sokongan.
Transcript
00:00Saat takbir bergema dan rumah dipenuhi gelak tawa keluarga, ada yang menyambut Aidilfitri dalam sunyi, jauh daripada insan tersayang demi
00:09satu perjuangan paling sukar dalam hidup, kembali menjadi manusia yang lebih baik.
00:14Bagi mereka yang menjalani proses pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Puspen, syawal kali ini bukan sekadar perayaan, sebaliknya satu
00:24titik permulaan baharu untuk membina semula kehidupan.
00:30Seorang penghuni yang hampir dua dekad terjebak dengan dadah, mengakui fasa awal pemulihan adalah paling mencabar, namun menjadi langkah penting
00:40untuk kembali kepada tanggungjawab sebagai suami, bapa dan anak.
00:45Dalam tempoh proses pemulihan di sini, tempoh yang paling kritikal tempoh awal itu, dalam proses yearly recovery.
00:55sebab dalam proses yearly recovery itu, di situ kami detox, kami mengeluarkan kimia, dalam proses mengeluarkan kimia yang ada dalam
01:03badan kami, biasanya dalam tempoh sebulan macam itu memang sakit.
01:08Saya ingin memperbetulkan keadaan itu, sebab terlalu lama sudah saya tinggalkan benda-benda itu, tanggungjawab saya itu saya terabai.
01:20Bukan sejak waktu saya dalam pusat, sebelum ini pun saya ambil dadah lebih kurang 20 tahun, benda itu semua terabai.
01:26Bagi penghuni lain, Aidil Fitri kali ini disambut dalam keadaan berbeza, meskipun berjauhan dalam keterasingan daripada keluarga, namun penuh dengan
01:37semangat perjuangan untuk berubah dan pulih sepenuhnya.
01:40Untuk Aidil Fitri tahun ini, sememangnya berbeza daripada Aidil Fitri yang tahun sebelum ini.
01:50Kali pertama saya berayak, tahun ini menyambut Aidil Fitri, berjauhan dengan keluarga.
01:58Menyambut Aidil Fitri tahun ini, saya rasa salah satu perbezaannya menyambut di sini dengan perjuangan.
02:07Perjuangan saya untuk pulih dan juga walaupun satu pengorbanan saya untuk diri saya sendiri, walaupun terpaksa berjauhan daripada keluarga, agar
02:21saya terus pulih selepas saya tamatkan rawatan di sini.
02:24Malah ada yang menzahirkan perubahan diri yang ketara, termasuk mampu mengawal emosi dan berfikir lebih rasional sesuatu yang sukar dilakukan
02:35sebelum ini.
02:36Kalau sebelum ini, kalau saya di luar, eh kuat marah. Ya kuat marah dengan saya punya parents pun, kan dengan
02:45istri saya, anak saya pun, saya macam lost control lah.
02:49Kan kuat marah, tidak dapat kawal emosi saya, tidak berfikir dengan jelas.
02:54Apabila saya masuk di sini, di puspen papar ini, saya belajar lah. Belajar, saya dapat kontrol emosi saya dan dapat
03:04bercakap dengan waras.
03:05Sementara itu, bagi pengarah puspen papar, Kartina Ujin menegaskan sokongan dan penerimaan masyarakat amat penting bagi memastikan bekas penghuni tidak
03:15kembali terjebak dalam kancah dadah.
03:17Bagi kami di sini yang memberikan rawatan dan pemilihan, kita melihat bahawa mereka benar-benar berubah dan mereka memahami bahawa
03:27dadah itulah yang telah mengubah diri mereka yang sebenar daripada yang normal menjadi tidak normal.
03:34Dan masyarakat di luar sana sekiranya tidak memberi peluang kepada mereka untuk membentuk siapa mereka, mereka tidak mustahil boleh terjebak
03:45semula dalam masalah dadah.
03:47Dan sekiranya sokongan ini, stigma ini tidak ada, kita bagi peluang sama rata seperti orang lain yang tidak pernah mengambil
03:55dadah.
03:56Bagi mereka, Aidilfitri ini bukan sekadar hari kemenangan, tetapi lambang harapan dan peluang kedua untuk memulakan kehidupan yang lebih baik.
Comments

Recommended