Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
JPBN Sarawak memperkukuh pelan tindakan menangani rabies susulan tiga kematian tahun ini. Peningkatan kes melibatkan kucing turut dibimbangi, selain usaha vaksinasi percuma dan peringatan rawatan segera selepas gigitan atau cakaran.
Transcript
00:00Setakat tahun ini sahaja, tiga kes jangkitan rabis dalam kalangan manusia dilaporkan di Sarawak dan semuanya melibatkan kematian.
00:09Justru, Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri JPBN Sarawak mempergiat pelan tindakan menyeluruh bagi menangani penularan penyakit itu.
00:17Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Seri Sim Kuhian berkata,
00:22antara kebimbangan utama ketika ini ialah peningkatan kes jangkitan melibatkan kucing yang kini menyumbang kira-kira separuh daripada kes gigitan
00:33dan cakaran berisiko rabis, bukan lagi hanya anjing liar.
00:52Mereka akan mencari penyakit atau dicakar haiwan iaitu mencuci luka dengan air dan mendapatkan rawatan di klinik bagi penilaian serta
01:09vaksinasi.
01:10Tambahnya program vaksinasi anjing diteruskan secara percuma oleh pihak veterina termasuk melalui kempen bergerak bersama pihak berkuasa tempatan.
01:18Rabu lalu seorang kanak-kanak berusia 10 tahun maut akibat jangkitan rabis.
01:23Mangsa digigit anjing terbiar pada 11 Februari lalu dan menyuci luka tersebut tanpa mendapatkan vaksinasi segera.
01:29Sebulan kemudian, mangsa mula menunjukkan simptom kurang selera makan, muntah, kejang leher dan hidrofobia.
Comments

Recommended