Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
BYD Malaysia melantik Jacob Ma sebagai Pengarah Urusan baharu, menggantikan Eagle Zhao yang kini menumpukan peranan sebagai Presiden Pengarah PT BYD Motor Indonesia.
Transcript
00:00BYD Malaysia mengumumkan peralihan kepimpinan strategik dengan Jacob Ma dilantik sebagai pengarah urusan baharu
00:07menggantikan Eagle Zhao yang kini memberi tumpuan penuh kepada peranannya sebagai presiden pengarah PT BYD Motor Indonesia.
00:15Dalam kenyataan syarikat pada Khamis, pelantikan tersebut mencerminkan komitmen berterusan kumpulan dalam memperkukuh barisan kepimpinan serantau
00:24selain mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran pertumbuhan utama di Asia Tenggara.
00:30Sepanjang menerajui operasi di Malaysia, Eagle Zhao memainkan peranan penting dalam membina kehadiran kukuh BYD
00:38termasuk memacu jualan lebih 30,000 kenderaan BYD dan denza di seluruh negara.
00:43Beliau turut memperluaskan rangkaian pengedar, memperkukuh keupayaan selepas jualan
00:49serta mempercepatkan penerimaan kenderaan elektrik EV sekaligus meletakkan BYD sebagai antara jenama EV paling pesat berkembang di Malaysia.
00:58Sementara itu, kehadiran Jacob Ma bakal membawa pengalaman global luas dari ibu pejabat BYD di Shenzhen, China.
01:05Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai ketua latihan di ibu pejabat BYD selama 5 tahun
01:11dan kemudian sebagai naib presiden BYD Indonesia selama 2 tahun
01:15dengan penglibatan dalam pembangunan program kesiapsiagaan pasaran antarabangsa
01:19serta pengukuhan standar.
Comments

Recommended