00:00Baik, Kerajaan Poland merancang mengharamkan penggunaan telefon bimbit oleh pelajar berusia bawah 16 tahun di sekolah bermula 1 September ini,
00:08kata Menteri Pendidikan Negara itu pada Rabu.
00:11Langkah itu menyaksikan Poland menyertai semakin banyak negara yang menghadkan masa penggunaan skrin serta akses kanak-kanak kepada media sosial.
00:21Beberapa negara lain termasuk Belanda, Korea Selatan dan Itali sebelum ini telah mengharamkan penggunaan telefon pintar di sekolah berikutan kebimbangan
00:29terhadap kesannya ke atas tumpuan dan tingkah laku pelajar.
00:33Menurut Menteri Pendidikan Poland, Barbara Nowakka, kerajaan kini memuktamakan perubahan besar terhadap perundangan pendidikan yang akan membawa kepada larangan penggunaan
00:41telefon bimbit di sekolah rendah bermula 1 September 2026.
00:45Di Poland, kanak-kanak berusia antara 7 hingga 15 tahun mengikuti pendidikan sekolah rendah.
00:52Nowakka berkata penggunaan telefon di sekolah tidak sepatutnya menjadi kebiasaan kerana pihak berkuasa melihat tahap kebergantungan kanak-kanak terhadap internet
00:59semakin meningkat.
01:00Pada Februari lalu, beliau turut menggariskan cadangan untuk melarang kanak-kanak berusia bawah 15 tahun daripada menggunakan media sosial sekaligus
01:07berpotensi mencetuskan pertembungan dengan syarikat teknologi utama dari AS.
01:15Terima kasih telah menonton!
Comments