Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah selepas mengaku bersalah menghina Islam dengan memijak senaskah al-Quran Februari lalu.
Transcript
00:00Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Magistret Al-Urgajah selepas mengaku bersalah menghina Islam dengan memijak senaskah
00:10Al-Quran Februari lalu.
00:11Magistret Tioh Shuyi menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Amir Abdul Malik yang berusia 41 tahun selepas mengambil kira sensitiviti agama
00:21dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku di bulan Ramadan.
00:30Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memuat naik rakaman dirinya memijak Al-Quran dengan niat menghina Islam pada 28 Februari lalu.
00:38Perbuatan itu dilakukan di dalam sebuah rumah di kampung durian berdaun, Basjid Tanah.
00:44Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda
00:51atau kedua-duanya sekali.
00:54Magistret Shuyi menegaskan penghinaan terhadap mana-mana agama sama ada Islam atau bukan Islam berpotensi mahu kerosakan yang jauh lebih
01:02besar berbanding kecederaan fizikal.
01:05Dalam kes ini jelasnya, perbuatan tertuduh bukan sahaja menyentuh sensitiviti umat Islam, malah melibatkan maruah agama serta hak eksklusif yang
01:13dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan.
01:16Ujarnya lebih membangkan apabila dilakukan dalam bulan Ramadan yang sepatutnya menggalakkan umat Islam meningkatkan keimanan melalui amalan kebaikan seperti bersedekah,
01:28bersabar dan memperbanyakkan ibadah.
01:30Bukannya bertindak sebaliknya dengan memijak Al-Quran.
Comments

Recommended