Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Laporan Kebahagiaan Dunia 2026 menobatkan Finland sebagai negara paling bahagia untuk tahun kesembilan berturut-turut. Laporan sama turut menzahirkan kebimbangan terhadap penurunan kesejahteraan golongan muda di beberapa negara, dikaitkan dengan penggunaan media sosial berlebihan.
Transcript
00:00Finland sekali lagi dinobatkan sebagai negara paling bahagia di dunia untuk tahun ke-9 berturut-turut.
00:06Menurut laporan Kebahagiaan Dunia 2026 yang diterbitkan pada Khamis, tahap kesejahteraan golongan muda di beberapa negara berbahasa Inggeris semakin menurun,
00:14terutama dalam kalangan remaja perempuan.
00:17Keadaan ini dikaitkan sebahagiannya dengan penggunaan media sosial yang berlebihan.
00:23Laporan yang dikeluarkan sepenuh hari Kebahagiaan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa Masa Bersatu PBB itu menunjukkan negara-negara Nordic seperti Finland terus
00:31menduduki tangga teratas.
00:32Sebaliknya, negara yang dilanda perang dan ketidakstabilan berada di kedudukan paling bawah.
00:37Kajian juga mendapati kepuasan hidup dalam kalangan individu bawah 25 tahun di negara seperti Amerika Syarikat, Canada, Australia dan New
00:45Zealand semakin merusut.
00:46Dalam tipe 10 tahun, penilaian kehidupan mereka menurun hampir satu mata dalam skala kosong hingga 10 walaupun purata global bagi
00:53golongan muda sebenarnya meningkat.
00:55Penggunaan media sosial secara berlebihan dikenal pasti sebagai antara punca penurunan kesejahteraan ini dengan kesan yang lebih ketara dalam kalangan
01:02remaja perempuan.
01:03Satu kajian besar melibatkan remaja berusia 15 tahun di hampir 50 negara mendapati penggunaan media sosial yang tinggi berkait dengan
01:10tahap kesejahteraan yang lebih rendah.
01:11Namun begitu, kesannya berbeza-beza bergantung kepada jenis platform, cara penggunaan serta faktor individu seperti jantina dan latar belakang sosioekonomi.
01:20Dapatan ini muncul ketika banyak kerajaan sedang mempertimbangkan langkah lebih tegas untuk melindungi kanak-kanak di alam dalam talian.
Comments

Recommended