00:00Cuaca panas melampau terus melanda selatan Kalifornia pada Rabu apabila gelombang haba berterusan sekaligus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pihak berkuasa
00:08dan penduduk tempatan.
00:09Suhu di pusat bandar Los Angeles dilaporkan mencecah 33 darjah Celsius jauh lebih tinggi daripada kebiasaan bagi bulan Mac.
00:18Perkhidmatan cuaca kebangsaan memaklumkan suhu di kawasan pantai dijangka telah mencapai kemuncak lebih awal.
00:23Namun, kawasan pedalaman masih akan mengalami peningkatan suhu sebelum keadaan dijangka reda menjelang hujung minggu.
00:31Tinjauan di beberapa lokasi awal mendapati orang ramai mencari pelbagai cara untuk menyejukkan badan termasuk berkumpul di kawasan pancutan air
00:38dan menikmati minuman sejuk.
00:40Selain itu, ada juga penduduk yang menggunakan payung sebagai pelindung daripada senara matahari ketika berjalan di kawasan bandar.
00:46Pihak berkuasa terus menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga termasuk kekal terhidrat dan mengelakkan pendedahan berpanjangan di bawah
00:55terip matahari terutama ketika suhu dijangka terus meningkat di beberapa kawasan.
Comments