Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Sebanyak 2,364 anggota APM dan 650 aset logistik digerakkan untuk rondaan dan bantuan kecemasan sepanjang Aidilfitri. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pengguna jalan raya untuk memandu berhemah dan peka cuaca. MetMalaysia menjangka hujan di beberapa kawasan sepanjang perayaan.OpPrihatin2026, APM, Aidilfitri, ZahidHamidi, KeselamatanJalanRaya, MetMalaysia, AstroAwani, BeritaSemasa, BalikKampung
Transcript
00:00Berikutnya, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM menggerakkan seramai 2,364 pegawai dan anggota bersama 650 aset logistik di seluruh negara
00:12sempena perayaan Aidilfitri 2026.
00:14Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi itu dilaksanakan di bawah Op Prihatin 2026 bagi memastikan
00:23perjalanan pulang orang ramai ke kampung lancar dan selamat.
00:27Menurut Ahmad Zahid, sebagai pengerusi jawatan kuasa Kabinet Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya, beliau mengingatkan semua agar sentiasa memandu dengan
00:36berhemah, mematuhi peraturan jalan raya dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik.
00:43Ahmad Zahid turut menasihati orang ramai supaya sentiasa peka terhadap keadaan cuaca memandangkan Jabatan Meteorologi Malaysia APM menjangkakan hujan di
00:51beberapa kawasan sepanjang Aidilfitri.
00:53Beliau menegaskan aspek keselamatan perlu diberi keutamaan bagi mengelakkan kemalangan dan insiden tidak diingini.
01:00Op Prihatin merupakan operasi tahunan yang melibatkan kerja sama pelbagai agensi keselamatan demi memastikan aliran trafik, kesiapsiagaan kecemasan dan kesejahteraan
01:11rakyat berada di tahap optimum sepanjang musim perayaan.
01:13Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended