Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Malaysia Airports (MAHB) merekodkan 8.9 juta penumpang pada Februari 2026, naik 5.8% berbanding tahun lalu. Pertumbuhan dipacu laluan baharu syarikat penerbangan serta musim Tahun Baharu Cina. KLIA kekal pemacu trafik antarabangsa dengan 5.5 juta penumpang. MAHB terus pantau situasi global termasuk krisis Asia Barat.
Transcript
00:00Malaysia Airpods Holdings Berhad, MHB merekodkan 8.9 juta pergerakan penumpang pada Februari 2026, menjadikan jumlah keseluruhan bagi Januari hingga
00:09Februari mencecah 18.3 juta penumpang.
00:13MHB berkata angka itu meningkat 5.8% berbanding tahun lalu, disokong permintaan kukuh dan sambungan laluan baru.
00:22Pengarah urusan MHB, Datuk Muhammad Izanigani berkata, trafik penumpang bagi dua bulan pertama 2026 menunjukkan permulaan yang stabil di seluruh
00:31rangkaian lapangan terbang negara.
00:33Pertemuan Februari dipacu oleh laluan baru Greater Bear Airlines, China Eastern, Batik Air Malaysia, Firefly, Spring Airlines dan Xiamen Airlines.
00:42Musim tahun baru China turut menyebabkan peningkatan ketara pada kekerapan penerbangan domestik dan juga serantau.
00:48Antara syarikat penerbangan yang menambah kekerapan laluan berpemintaan tinggi ialah Malaysia Airlines, Firefly, AirAsia dan Batik Air terutama ke destinasi
00:57Kuching, Johor Bahru, Tawau dan Sibu.
01:00Pada Februari, KLIA mengendalikan 5.5 juta penumpang terus memacu trafik antarabangsa khususnya ke Asia Tenggara, China dan Hab Serantau
01:10utama lain.
01:10Sementara itu, lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu mencatat 760,620 penumpang meningkat 1.3% berbanding Januari.
01:21Walaupun prestasi kekal positif, MHB berkata pihaknya terus memantau situasi antarabangsa termasuk ketegangan di Asia Barat untuk mastikan operasi lapangan
01:30terbang kekal selamat.
01:33Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended