00:00Paramount Corporation Berhad bercadang memperoleh sebidang tanah komersial, pegangan bebas seluas 3.7 eka di Jalan Ampang, Kuala Lumpur daripada
00:09IOI Properties Group Berhad pada harga RM257.89 juta.
00:15Dalam satu kenyataan, syarikat itu memaklumkan, tapak berkenaan kini merupakan tanah kosong yang terletak di kawasan pembangunan kediaman dan komersial
00:23matang dalam koridor Jalan Ampang, Pusat Bandar, Kuala Lumpur.
00:30Menurut Paramount, pembelian tersebut akan dibayai melalui gabungan dana dalaman dan pinjaman bank.
00:36Kata kenyataan lagi, terletak di luar Jalan Ampang dalam kawasan eksklusif yutan, tapak ini menikmati akses kepada pelbagai kemudahan gaya
00:44hidup, kesihatan dan pendidikan.
00:46Antara kemudahan berhampiran termasuk Suria KLCC, Taman KLCC, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Kelab Golf di Raja Selangor, selain institusi
00:56perubatan seperti Prince Scott Medical Center, Glen Eagles Hospital Kuala Lumpur dan Beverly Wilshire Medical Center.
01:04Paramount berkata kawasan tersebut dijangka menarik minat pembeli tempatan dan asing, susulan kemudahan lengkap serta profil antarabangsa yang dimilikinya.
01:12Ini termasuk membolehkan perancangan pembangunan dilaksanakan dengan lebih efisien dengan sasaran pelancaran menjelang akhir 2026 dan tempoh siap dianggarkan 6
01:23tahun daripada tarikh pelancaran.
01:25Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Paramount, Jeffrey Chu berkata, pengambil alihan itu mengukuhkan lagi kehadiran kumpulan di kawasan Jalan Ampang selepas
01:34kejayaan projek terdahulu seperti di Ashwood dan di Atrium yang telah habis dijual.
Comments