00:00Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM akan mendapatkan pandangan daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi
00:08bagi merangka strategi khusus bagi menangani kesan kenaikan harga minyak global terhadap sektor makanan negara.
00:15Menurut Menterinya, Datuk Seri Mohd Sabu, walaupun rantaian logistik import makanan tidak terjejas secara langsung,
00:22kenaikan dan ketidaktentuan harga minyak dunia dijangka memberi kesan kepada bekalan makanan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
00:32Tambah beliau, sebarang langkah strategik akan dibuat selepas menerima nasihat Kementerian berkaitan
00:37khususnya bagi memastikan kestabilan harga dan kelancaran rantaian bekalan makanan negara.
00:43Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa program Langit Kacau Dodong Badani 101 Kawah
00:49di Padang Steader Bini Pekan Batu 14 Hulu Langat pada Sabtu.
00:53Sebelum ini, Mohd Sabu malamkan KPKM akan melakukan analisis semula terhadap stok bekalan makanan selepas bulan Mei,
01:00susulan ketegangan geopolitik yang berpotensi menjejaskan pasaran global.
01:05Tegasnya ketika ini, bekalan makanan asas seperti beras, ayam dan sayur-sayuran berada pada tahap mencukupi
01:11sekurang-kurangnya sehingga Mei dan mengingatkan rakyat supaya tidak melakukan pembelian panik.
01:16Sehubungan itu, bagi mengekang terlebih awal kemungkinan gangguan rantaian bekalan,
01:21beliau memaklumkan bahawa kerajaan akan menyalurkan bantuan benih tanaman
01:24bagi menggalakkan amalan sara diri di peringkat komuniti.
01:28Beliau turut menyarankan rakyat menukar tanaman hiasan kepada tanaman makanan
01:31sebagai langkah bersiap-siaga sambil menyaitkan inisiatif tersebut dengan rancangan buku hijau
01:36yang dikenalkan Al-Riham Tun Abdul Razak pada 1974
01:40untuk menggalakkan pertanian dan mengurangkan kebergantungan makanan import.
01:44Terima kasih telah menonton!
01:45Terima kasih telah menonton!
Comments