00:00Dan dalam hal itu, 27 jenazah warga Myanmar etnik Rohingya yang merupakan mangsa bot karam berdekatan perairan Langkawi pada November
00:08tahun lepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang hari ini.
00:14Ketua Polis Kedah, Datuk Azli Abu Shah berkata proses pengurusan jenazah dilaksanakan bermula jam 10 malam tadi dan berjaya disempurnakan
00:21sepenuhnya pada jam 7 pagi tadi.
00:25Proses pengebumian 13 jenazah lelaki dan 14 perempuan itu dilakukan mengikut prosedur dan tata cara atas nasihat pihak hospital.
00:34Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam itu bermula pukul 7.30 pagi tadi dan dilaksanakan dengan penuh tertib serta penghormatan
00:40mengikut hukum syarak agama Islam serta di bawah pemantauan Majlis Agama Islam Kedah atau MAIK.
00:46Operasi pengurusan dan pengebumian dilaksanakan secara bersepadu melibatkan beberapa agensi iaitu Polis Diraja Malaysia, Hospital Sutanah Bahiyah, MAIK, Jabatan Hal
00:56Ehwal Agama Islam Kedah, Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.
01:03Siasatan berhubung punca kejadian, laluan kemasukan serta dalang disebalik kegiatan penyeludupan migran masih diteruskan di bawah Seksyen 26A Akta Anti
01:13Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 atau Atip Som.
01:18November tahun lepas, Astro Awani melaporkan sebuah bot membawa kira-kira 70 migran etnik Rohingya yang dipercaya menuju ke negara
01:25ini, Karam berhampiran Pulau Tarutau di Thailand, sebelum 44 mangsa termasuk 30 yang maut ditemukan terapung di perairan Langkawi.
01:35Kesemua migran tersebut dikatakan sebahagian daripada kira-kira 300 migran yang menaiki sebuah kapal induk yang berlepas dari Buti Daung
01:42di Myanmar sebelum dipindahkan ke bot lebih kecil ketika menghampiri sempadan Thailand Malaysia.
01:48Terima kasih kerana menonton!
Comments