Skip to playerSkip to main content
  • 3 days ago
The Tiger Show Podcast diundang sebagai rakan strategik Korea Democracy Foundation sempena Majlis Peringatan Kebangsaan Kebangkitan Demokrasi 10 Jun di Seoul.
Transcript
00:00Seterusnya, The Tiger Show Podcast diundang oleh Korea Democracy Foundation atau KDF sebagai rakan strategik sempena majlis peringatan kebangsaan kebangkitan
00:10demokrasi 10 Jun yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan pada Rabu.
00:14Jadi sebahagian dalam program tersebut, The Tiger Show Podcast yang dihostkan wartawan Amin Iskandar dan merupakan rakan strategik yang surauan
00:22ini, turut merakamkan sebuah episod khas di Seoul yang membincangkan perkembangan serta cabaran demokrasi di rantau Asia.
00:31Episod berjudul Democracy in Asia, Memory, Youth and Democratic Resilience itu menampilkan tiga panel iaitu pengarah serantau Asia Center, James
00:40Gomez, pensyarah Universiti Cula Longkorn, Pandit Caron Canakit dan pengurus program dan pendidikan Foreign Policy Community of Indonesia, FPCI, Jenny
00:50Sari Winata.
00:51Perbincangan tersebut menyentuh pelbagai isu termasuk ketahanan demokrasi di Asia, peranan generasi muda dalam proses politik dan bakal disiarkan pada
00:58jam 9 malam ini.
01:00Majlis berkenaan turut dihadiri Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Min Suk bersama anggota kabinet, ahli parlimen, ahli akademik serta wakil
01:08diplomatik dari pelbagai negara.
01:10Selain itu, KDF turut gundang penyelidik aktivis pro-demokrasi dan pengamal media antarabangsa bagi bertukar pandangan mengenai perkembangan demokrasi serta
01:18cabaran semasa yang dihadapi masyarakat di rantau masing-masing.
01:21Untuk rekod, Korea Selatan menjadikan sambutan Jun 10 Democratic Uprising sebagai acara nasional tahunan bagi mengenang jasa aktivis dan rakyat
01:31yang terlibat dalam gerakan menuntut pembaharuan demokratik yang akhirnya membawa kepada perubahan besar dalam landscape politik negara itu.
01:39Terima kasih.
01:39Terima kasih.
01:40Terima kasih.
Comments

Recommended