00:00Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Magistrat Ayikroh Melaka pada Khamis atas petuduhan membunuh rakannya Mac lalu yang mayatnya ditemui selepas
00:10dua bulan dalam keadaan reput dibungkus dalam lipatan tilam di sebuah rumah kedai di Pokok Mangga.
00:16Tertuduh Kamil Haris Muhammad Abdul Naseh, 40 tahun, mengangguk faham selepas petuduhan dibacakan di hadapan Magistrat Uthman Abdul Ghani.
00:25Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:32Mengikut petuduhan, dia didakwa membunuh mangsa berusia 39 tahun antara jam 10 malam 30 Mac hingga 3 pagi 31 Mac
00:42lalu di sebuah rumah kedai di Taman Seri Pandan 1, Jalan Pokok Mangga, dalam daerah Melaka Tengah.
00:49Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Mahkamah menetapkan 29 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
01:00Sinar harian sebelum ini melaporkan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai menjadi mangsa bunuh dalam keadaan dibungkus dengan lipatan tilam
01:08dan kedua-dua tangannya diikat di sebuah rumah kedai di kawasan Pokok Mangga pada petang 28 Mei lalu.
01:14Ketua Polis Melaka, Datuk Zulkairi Muhtar dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan kira-kira jam 7 petang selepas pemilik premis membuat
01:23pemeriksaan di unit berkenaan kerana gagal menghubungi penyewa sejak beberapa hari sebelumnya.
01:28Siasatan awal mendapati kejadian pembunuhan itu dipercayai berpunca daripada pertengkaran akibat salah faham dan tuduh-menuduh.
01:36Terima kasih telah menonton!
Comments