Skip to playerSkip to main content
  • 3 days ago
Data Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia: 215,600 pelarian dan pencari suaka sehingga Februari lalu.
Transcript
00:00Baik, apabila berlakunya kes begini, wajar untuk kita mengimbas semula dan melihat apa status pelarian Rohingya dan juga yang lain
00:07-lain yang berada di negara kita.
00:10Dan ini data yang baru saja diterbitkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Cara Keseluruhannya atau UNHCR
00:18di Malaysia.
00:19Dan ini adalah datanya. 215,600 pelarian dan pencari suaka berada di Malaysia setakat Februari tahun lalu.
00:30Dan mungkin lebih membimbangkan, yang tidak berdaftar dianggarkan lebih 200,000 orang lagi. Ini adalah anggaran yang tidak rasmi.
00:37Justru kita menyaksikan hampir setengah juta pelarian ataupun pencari suaka sama ada berdaftar ataupun tidak berdaftar yang berada di negara
00:45kita.
00:45Dan yang tertinggi adalah dari Myanmar. Dengan etnik Rohingya, mewakili hampir 194,000 orang.
00:52Etnik Chin, lebih 15,000, hampir 16,000 orang. Dan 33,002 orang dalam kalangan individu daripada kumpulan etnik yang
01:00lain.
01:00Semua pelarian ini melarikan diri daripada konflik dan juga penganyayaan di negara asal mereka.
01:05Dan selain Myanmar, seramai 21,776 pelarian dan juga pencari suaka yang berada di negara ini datang daripada lebih 50
01:16negara yang dilanda perang dan juga penganyayaan.
01:195,760 warga Pakistan, lebih 3,000 warga Yemen, hampir 3,000 warga Somalia, juga lebih atau hampir 2,500
01:32warga dari Syria, lebih 1,000 dari Sri Lanka, 514 dari Palestine dan 420 dari Iraq.
01:41Daripada jumlah keseluruhan, 46% daripada ini semua adalah lelaki, manakala 24% lagi wanita.
01:48Dan data UNHCR Malaysia juga menunjukkan kira-kira 64,680 kanak-kanak berusia bawah 18 tahun berada dalam kalangan pelarian
01:58dan juga pencari suaka yang berdaftar di Malaysia.
02:03Dan data yang tidak berdaftar, tidak rasmi, masih lagi kita belum ketahui setakat ini.
Comments

Recommended