Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Kontrak niaga hadapan emas AS bagi penghantaran Ogos pula turun 1.1 peratus kepada AS$4,086.50 seauns.
Transcript
00:00Harga emas jatuh ke paras terendah dalam tempoh lebih enam bulan pada Khamis apabila serangan baru AS ke atas Iran
00:08mendorong harga minyak meningkat.
00:10Ini sekaligus menambah kebimbangan terhadap inflasi dan kadar faedah yang kekal tinggi untuk tempoh lebih lama.
00:19Harga emas pot susut 0.2% kepada $4,063.87 se-ounce setakat jam 12.43 tengah malam Greenwich
00:30Mean Time atau GMT.
00:32Ini selepas mencecah paras terendah sejak 21 November pada awal dagangan.
00:38Kontrak niaga hadapan emas AS bagi penghantaran Ogos pula turun 1.1% kepada $4,086.50 se-ounce.
00:49Pada Rabu malam, AS melancarkan satu siri serangan terhadap beberapa sasaran di Iran.
00:56Sebelum itu, Presiden AS Donald Trump berikrar untuk meneruskan serangan baharu sekiranya tiada perjanjian damai dicapai.
01:04Harga minyak pula melonjak lebih daripada $2 setong pada Khamis lepas Iran mengumumkan penutupan selat hormus susulan serangan Amerika Syarikat
01:14itu.
01:15Kenaikan harga minyak mentah lazimnya bakal mempercepatkan inflasi.
01:19Walaupun emas sering dianggap sebagai aset lindung nilai terhadap inflasi,
01:24kadar faedah yang lebih tinggi biasanya memberi tekanan kepada logam berharga itu kerana ia tidak menawarkan pulangan faedah.
01:32Data menunjukkan inflasi pengguna AS meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh 3 tahun pada Mei.
01:41Ia didorong oleh lonjakan harga produk tenaga akibat konflik di Asia Barat.
01:46selamat menikmati.
01:49Selamat menikmati.
Comments

Recommended