Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Perdana Menteri India, Narendra Modi, merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas ucapan tahniah sempena pencapaian bersejarah beliau sebagai ketua kerajaan yang dipilih secara demokratik paling lama berkhidmat di India.
Transcript
00:00Perdana Menteri India Narendra Modi merakamkan penghargaan kepada Dato' Sri Anwar Ibrahim atas ucapan tahniah sepenuh pencapaian bersejarah beliau sebagai
00:10ketua kerajaan yang dipilih secara demokratik paling lama berkhidmat di India.
00:15Menerusi hantaran di PlatformX, Modi berkata beliau amat menghargai hubungan persahabatan yang kukuh dan berkekalan antara India dan Malaysia.
00:24Beliau turut menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama dua hala antara kedua-dua negara demi manfaat rakyat serta rantau ini.
00:34Dato' Sri Anwar dalam ucapannya di Facebook berkata pencapaian itu mencerminkan dedikasi Modi selama bertahun-tahun dalam perkhidmatan awam serta
00:44kepimpinan beliau dalam memacu pembangunan, kemakmuran dan pengaruh India di peringkat global.
00:49Perdana Menteri ditangka bertemu Modi pada September ini ketika menghadiri sidang kemuncak BRICS di India.
00:55Modi mencipta sejarah apabila menjadi Perdana Menteri India yang paling lama berkhidmat secara berterusan selepas mencatat tempoh pentadbiran selama 4
01:04,399 hari sejak mula memegang jawatan itu pada 2014.
01:09Beliau mengatasi rekod yang dipegang Perdana Menteri pertama India, Jawa Harlal Nehru yang berkhidmat selama 4,398 hari secara berterusan
01:19antara 1952 hingga 1964.
01:22Selain Nehru, bekas Perdana Menteri Indira Gandhi turut mencatat tempoh perkhidmatan yang panjang selama 14 tahun.
01:30Namun, pentadbirannya tidak berlangsung secara berterusan selepas tewas dalam pilihan raya umum 1977 yang diadakan selepas penamatan tempoh darurat.
Comments

Recommended